Walau dimana kau berada, walau apa yang kau kerjakan, walau apa jua yang kau kecapi kejayaan mahupun kegagalan. Cuba kau fikirkan sejenak. Tundukkan kepalamu. Dibawah adalah bumi yang menghampar, saujana mata memandang. Kemudian, kau dongakkan pula kepalamu. Diatas adalah langit yang memayungi dunia. SUBHANALLAH. Begitu indah ciptaan Allah, berkuasa mentadbir aam yang fana ini.
Selagi mana kau dapat dua perkara ini, maka sedarlah apa yang kau perolehi adalah bersifat sementara. Walau sebanyak mana kekayaan yang kau himpunkan. Dengan murka Allah,bererti engkau miskin. Walau setinggi gunung kejayaan yang engkau raih. tanpa redha Allah bererti engkau telah gagal dengan erti kegagalan yang sebenar.
Aduhai sahabat
Setelah langit digulung, setelah bumi hancur luluh dan apabila kau pandang kiri dan kananmu, akan kau dapati satu 'Majlis konvokesyen' terbesar, yakni Majlis Perhitungan dilangsungkan. Ketika itu, keadaan penentu nasibmu hanyalah amalan penentu timbanganmu. Andai Allah redha dengan amalmu, maka kau berada di syurga. jika keadilan mengatakan Allah murka, natihahnya NERAKA lah tempat kau kembali. Segala yang diputuskan, bergantung kepada semaianmu di dunia ini.
Aduhai sahabat
Syurga di akhirat menagih keperitan dunia. Neraka di akhirat menjanjikan keasyikan dan kenikmatan dunia. Keliru? Jangan engkau keliru memilih hala tujumu wahai sahabat. Jangan terperdaya memilih pendampingmu. Antara bisikan syaitan dan dorongan malaikat, dapatkah kau bezakan.
Aduhai sahabat
Jangan bicarakan dirimu terus keliru. Hingga tanpa sedar, kau memilih syaitan sebagai teman hidupmu kerana syaitan menggunakan senjata nafsu yang mengemudi hatimu. Kekuatan malaikat yang mendorong hala tujumu, adalah bergantung kepada iman yang menunjungi hatimu. Apabila iman beraja dihati, ia pasti memandu ajalmu untuk memilih jalan yang lurus.
Aduhai sahabat
Bina dan tingkatkanlah imanmu dengan ilmu. Mantapkan ia dengan istiqomah pada amalan. Hiasi pula dengan silaturahim sepanjang jalan. Berjalanlah dengan satu ukhuwah Islamiyyah yang dibentuk melalui penyatuan akidah. Jangan biarkan dirimu hanyut dan leka sehingga akhirnya kau menjadi mangsa kerakusan nafsu yang memburu saban waktu.
Selagi mana nadi berdenyut jantung berdegup, selagi mana roh dan jasad bersatu, selagi itulah kau perlu berusaha sehabis daya untuk menempah mahligai indah di Syurga abadi, yang berkuncikan redha Illahi kerana keredhaan Illahi adalah kejayaan hakiki dan hanya itu matlamat kita selama mendiami bumi yang fana ini.
"Hendaklah kau menjadi umat yang menyeru kebaikan, menyuruh kepada ma'ruf dan mencegah kepada mungkar. Mereka itulah orang-orang yang berjaya..."
(al-Imran : 104)
No comments:
Post a Comment