Sunday, July 17, 2011

me..

hummmm...spe2 yg visit blg aku msti prasan dgn perubahan isi2 dalam blog nie...sejak akhir2 nie aku byk post ttg islamic...aku post smue nie sbb aku ade tbce dlm bku2 yg kazen aku dpt time kat poli dlu...aku jd 1 keseronokan utk post artikel yg aku bce utk kongsi dgn kwn2...mybe ade yg akan ckp aku nie nk tnjuk baik la ape la...tp aku wat nie ikhlas...aku tau diri aku nie xla baik sgt...aku dh byk melakukan kesilapan dkt family, kwn n org sekeliling aku..artikel2 yg aku bce 2 aku nk kwn2 aku jgak bce...biar smue org blh dpt ilmu2 yg aku dpt...biar kte sme2 tau n amalkan...tlalu byk yg aku nk kongsikan tp biarlah slow2.. 

ok2..kte cter psal life aku...dh lme aku xpost ttg cti aku nie..hehehe...by the way,aku dpt smbg dgree kat s.alam..dpt la jmpe akak2 snior yg rapat dgn aku dlu...tmbh bez sbb aku dkt dgn kazen2 aku...plan dh byk d atur..mem2 bsar dh bsing2 skrg..hahaha...sbut psal dgree aku ade cter yg wat aku jd mrh then lwak..time result dgree kuar aku kat putrajaya so xde la internet 2 smue kat sne..hidup la aku tnpe on9 slme 2 mggu...yg tgk result aku time 2 kazen aku n family aku...dorg wat plan nk knekn aku..dorg ckp aku dpt perak n aku jd gelabah trus call smue kwn aku..hahaha..lawak btul...kwn2 aku smue dpt s.alam n aku sorg kat perak..rse mcm nk nangis pn ade...nasib baik la aku ade kwn yg nk aku dpt s.alam gak..dy tlg check n ckp aku dpt s.alam..hahaha..dpt tau pn aku call abis smue kwn aku lg..hahahaha...kbetulan kakak aku xkeje ari 2..dy dh tau awl dh aku dpt s.alam...aku kecoh2 kat umah dy ble dpt tau family aku pakat rmai2 nk knekn aku..hahaha...sweet sgt time 2..hehe..tq 2 my family 4 the prank...

blk cter psal cti plak...2 mggu lps aku bru je blk dr umah kakak aku kat putrajaya...kat umah 2 cme dy n husband dy je...jd ble dorg g keje aku mcm org xtntu arah kat dlm umah...kakak aku baik sgt slalu bwk aku g jln2 kat sne...ade je tmpt dy nk bwk aku wlaupn dy tgh pregnant skrg...sweet sgt tgk kakak aku skrg..hahaha...kat umah kakak aku 2 ble kte ari2 aku gduh dgn abg ipar aku...ade je bnde nk sakat aku...cnth mcm lps aku dpt tau aku dpt dgree kat s.alam senior aku call (sbb kantoi adalah senior aku 2 laki..hahaha)...dy plak tnmpk spe yg call mle la ckp pakwe call..pnat aku tepis smue ayat2 abg ipar aku...hahaha..dh pnat nk dgr dy ckp aku msuk tdo...hahaha...

sygnye time kat sne aku xde amik gmbr tiap kali kuar jln2...rugi btul ble ingt blk..time time kazen aku dtg aku ade amik gmbr skit...2 pn kat sushi king alamanda...






yg pntng ade gak gmbr aku spjg kat sne dr xde lgsg...dgn kazen aku nie je dpt lakukn ape sje plan yg ktorg nk..hehehe...hope time dgree nnt aku n dy dpt kuar sme2 lg...cku 2 mggu aku kat sne aku kne blk kdah sbb nk settlekn hal2 dgree...tp sjak aku blk nie xde pn aku wat ape2...hahaha..ape2 aku kne wat gak sblm bln pose n harap proses pinjaman mara cpt skit dr time aku dip dlu...

n cti nie tmbh bez ble aku join kazen aku g bbq klas dy..yg bez skali adalah nie kali ke-2 aku ikt kazen aku...kwn2 dy mmg sporting abiz...n ade kwn kazen aku 2 dh start rapat aku sbb aku slalu ikut kazen aku blk umah sewa dy time dip dlu...















pic kat atas nie utk tatapan smue...wlaupn pnat wat preparation utk bbq nie tp bez sgt...tp xsme la mcm bbq last klas aku...next post aku update psal hal2 dip aku...hehehe...

see u soon..

Peringatan untuk semua

Walau dimana kau berada, walau apa yang kau kerjakan, walau apa jua yang kau kecapi kejayaan mahupun kegagalan. Cuba kau fikirkan sejenak. Tundukkan kepalamu. Dibawah adalah bumi yang menghampar, saujana mata memandang. Kemudian, kau dongakkan pula kepalamu. Diatas adalah langit yang memayungi dunia. SUBHANALLAH. Begitu indah ciptaan Allah, berkuasa mentadbir aam yang fana ini.

Selagi mana kau dapat dua perkara ini, maka sedarlah apa yang kau perolehi adalah bersifat sementara. Walau sebanyak mana kekayaan yang kau himpunkan. Dengan murka Allah,bererti engkau miskin. Walau setinggi gunung kejayaan yang engkau raih. tanpa redha Allah bererti engkau telah gagal dengan erti kegagalan yang sebenar.

Aduhai sahabat
Setelah langit digulung, setelah bumi hancur luluh dan apabila kau pandang kiri dan kananmu, akan kau dapati satu 'Majlis konvokesyen' terbesar, yakni Majlis Perhitungan dilangsungkan. Ketika itu, keadaan penentu nasibmu hanyalah amalan penentu timbanganmu. Andai Allah redha dengan amalmu, maka kau berada di syurga. jika keadilan mengatakan Allah murka, natihahnya NERAKA lah tempat kau kembali. Segala yang diputuskan, bergantung kepada semaianmu di dunia ini.

Aduhai sahabat
Syurga di akhirat menagih keperitan dunia. Neraka di akhirat menjanjikan keasyikan dan kenikmatan dunia. Keliru? Jangan engkau keliru memilih hala tujumu wahai sahabat. Jangan terperdaya memilih pendampingmu. Antara bisikan syaitan dan dorongan malaikat, dapatkah kau bezakan.

Aduhai sahabat
Jangan bicarakan dirimu terus keliru. Hingga tanpa sedar, kau memilih syaitan sebagai teman hidupmu kerana syaitan menggunakan senjata nafsu yang mengemudi hatimu. Kekuatan malaikat yang mendorong hala tujumu, adalah bergantung kepada iman yang menunjungi hatimu. Apabila iman beraja dihati, ia pasti memandu ajalmu untuk memilih jalan yang lurus.

Aduhai sahabat
Bina dan tingkatkanlah imanmu dengan ilmu. Mantapkan ia dengan istiqomah pada amalan. Hiasi pula dengan silaturahim sepanjang jalan. Berjalanlah dengan satu ukhuwah Islamiyyah yang dibentuk melalui penyatuan akidah. Jangan biarkan dirimu hanyut dan leka sehingga akhirnya kau menjadi mangsa kerakusan nafsu yang memburu saban waktu.

Selagi mana nadi berdenyut jantung berdegup, selagi mana roh dan jasad bersatu, selagi itulah kau perlu berusaha sehabis daya untuk menempah mahligai indah di Syurga abadi, yang berkuncikan redha Illahi kerana keredhaan Illahi adalah kejayaan hakiki dan hanya itu matlamat kita selama mendiami bumi yang fana ini.

"Hendaklah kau menjadi umat yang menyeru kebaikan, menyuruh kepada ma'ruf dan mencegah kepada mungkar. Mereka itulah orang-orang yang berjaya..."
(al-Imran : 104)

The Zikr - Dunia Baru Islam (wif lyric)

KECANTIKAN LELAKI,KEGAGAHAN WANITA

Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan pada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah :
  • lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
  • lelaki yang sedia menerima segala teguran
  • lelaki yang memberi madu setelah menerima racun
  • lelaki yang tenang dan lapang dada
  • lelaki yg baik sangka
  • lelaki yang tidak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan sempurna seorang lelaki.


Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot bdan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah :
  • perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
  • perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
  • perempuan yang tabah menanggung kerinduan
  • perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan
Kegagahan perempuan berdiri di atas iman yang teguh. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.


-renung2kan dan selamat mengikutinya-

sepucuk surat dari......

Saat kau terbangun dipagi hari,Aku memandangmu dan berharap engkau akan berbicara kepada Ku, walaupun hanya sepatah kata, meminta pendapat Ku atau bersyukur kepada Ku atas sesuatu hal indah yang terjadi di dalam hidupmu kelmarin, tetapi Aku melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk pergi bekerja. Aku kembali menanti. Saat engkau sedang bersiap, Aku tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapa Ku, tetapi engkau terlalu sibuk.

Di satu tempat, engkau duduk di sebuah kerusi selama lima belas minit tanpa melakukan apa-apa pun. Kemudian Aku melihat engkau menggerakkan kakimu. Aku terfikir engkau ingin berbicara kepada Ku tetapi engkau berlari ke telefon dan menelefon seorang teman untuk mendengarkan gossip terbaru. Aku melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan Aku menanti dengan penuh sabar sepanjang hari. Dengan segala kegiatanmu, aku terfikir engkau terlalu sibuk untuk mengucapkan sesuatu kepada Ku. Sebelum makan siang Aku melihatmu memandang ke sekeliling, mungkin engkau merasa malu unuk berbicara kepada Ku, itulah sebabnya mengapa engkau tidak menundukkan kepalamu. Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu dan melihat beberapa temanmu berbicara kepada Ku dengan lembut sebelum mereka makan, tetapi engkau tidak melakukannya. Tidak apa-apa. Masih ada waktu yang tersisa, dan Aku berharap engkau akan berbicara kepada Ku, meskipun saat engkau pulang ke rumah kelihatannya seakan-akan banyak hal yang harus kau kerjakan.

Setelah beberapa hal tersebutselesai engkau kerjakan, engkau menyalakan television, Aku tidak tahu apakah kau suka menonton television, hanya saja engkau selalu ke sana dan menghabiskan banyak waktu setiap hari di depannya, tanpa memikirkan apa pun hanya menikmati acara yang ditampilkan. Kembali Aku menanti dengan sabar saat engkau menonton television dan menikmati makananmu tetapi kembali kau tidak berbicara kepada Ku. Saat tidur Ku fikir kau merasa terlalu letih. Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu, kau melompat ke tempat tidur dan tertidur tak lama kemudian. tidak ada apa-apa kerana mungkin engkau tidak menyedari bahawa Aku selalu hadir untukmu. Aku telah bersabar lebih lama dari kau sadari. Aku bahkan ingin mnegajarkanmu bagaimana bersabar terhadap orang lain. Aku sangat mengasihimu, setiap hari Aku menantikan sepatah kata, doa atau fikiran atau syukur dari hatimu. Baiklah.. engkau bangun kembali dan kembali Aku akan menanti dengan penuh kasih bahawa hari ini kau akan memberi Ku sedikit waktu. Semoga harimu menyenangkan.

Yang selalu menyertaimu setiap saat.

ALLAH SWT