Monday, March 9, 2015

HATI

Duhai hati..
Sabar la..
Mungkin ini ujian untukmu..
Ujian menguji kesabaran dan kesetiaan hati ini..
Walaupun terasa seperti semakin jauh..
Ku tabahkan hati untuk berdiri semula..
Biar la diri ini menerima tempias geramnya asalkan engkau bahagia..
Setiap hari berbagai rintangan ku hadapi..
Semoga aku tabah mengharunginya..

Sunday, May 19, 2013

perjalanan hidup

assalamualaikum..dah lama rasanya tak post apa-apa kat blog...rasa rindu pulak nak post...eceh...
setelah sekian lama tak post hari nie baru tergerak jari untuk menaip...

alhamdulillah..aku rasa bersyukur sangat semua perkara berjalan dengan baik..walaupun mempunyai 
masalah tetapi aku dapat menyelesaikan dengan baik..

sekarang nie adalah masa genting buat aku untuk menghadapi semester terakhir untuk degree..
harapnya aku dapat bersabar dan teang dalam menyiapkan semua kerja..
dalam masa menyiapkan artwork, aku juga diberi tugasan untuk sama-sama 
menguruskan degree show dan malam pra graduan yang dijangkakan pada bulan 7 nanti..insyallah..
harapnya semuanya dapat berjalan dengan lancar..

manakala hubungan aku dan dia berjalan dengan baik..syukur ya Allah kerana sudi mendengar 
luahan hati hamba-Mu ini..semoga hubungan kami berpanjangan dan berkekalan sehingga ke hujung hayat..
aku akan sentiasa memperbaiki kelemahan diri ini untuk menguatkan lagi hubungan kami..Insyallah...
seriously aku sangat sayang dengan dia..selain family, dia adalah orang terpenting dalam hidup aku..
semoga hubungan kita berdua berjalan dengan lancar.. Insyallah..

sampai sini saja yang aku nak sampaikan...nanti ada cerita aku post lagi...
Assalamualaikum.. :)

Friday, April 19, 2013

happy birthday my dear

alhamdulillah...setelah sekian lama tak update blog baru hari ini tergerak hati nak update...
bermacam2 dugaan yang aku hadapi selama aku tak update blog ini..
tak mengapa..biarlah segalanya berlalu..

apa2 pun semalam adalah hari jadi orang yang aku sayangi..HAPPY BIRTHDAY MY DEAR..
wish you luck in your life..semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...
for the first time aku plan untuk celebrate birthday atas bantuan rakan-rakan tersayang..
thank you for your helping in doing this celebration..harapnya dia gembiralah dengan celebration of his birthday..

aku syukur sangat2..walaupun kami menghadapi masalah, aku menghadapi dengan sabar dan tenang..
walau apapun terjadi aku sangat sayangkan dia...


i love you so much my dear...

Thursday, March 21, 2013

i miss you so much

ya allah,sesungguhnya aku amat merinduinya..aku sudah cuba untuk
membuang perasaan ini tapi tak dapat dilakukan jua..

macam-macam dah aku buat tapi aku masih macam ni juga..
seriously aku memang rindu dan sayang kat dia..aku tak boleh nak 
lupakan dia walaupun aku dah cuba..

hmmmmmmm..aku tahu dia sedang bahagia bersama yang lain..
 :'(

Friday, March 15, 2013

.......

Ya allah,sesungguhnya aku amat merinduinya...apa yang harus aku lakukan...
aku cuba untuk melupakan beliau tapi aku sayang dan rindukan dia...

semua perasaan ini aku pendamkan untuk kebaikan diri aku sendiri walaupun 
akhirnya aku yang merasa kesakitan itu... :(


Sunday, February 24, 2013

sudah tertutup...

assalamualaikum...dah lama tak publish apa-apa kat blog..
sepanjang tempoh aku mendiamkan diri dalam mem'publish'kan apa-apa, macam-macam dugaan dan halangan aku hadapi...walaupun berat tapi aku redha dan bersabar..dan disebabkan  1 dugaan nie,  pintu hati aku dah tertutup untuk menerima sesiapa pun...mungkin orang tengok aku nie macam happy..tapi sebenarnya hati aku terluka lagi...aku hanya menangis dalam diam saja..

aku pernah berkata pada beliau yang pintu hati aku akan tertutup selepas dia lepaskan aku...dan kata-kataku  mungkin menjadi doa sebab apa yang aku inginkan sekarang hanyalah menggembirakan hati mereka yang aku amat sayangi dengan menyambung Master di UK dan mungkin meneruskan sehingga ke PhD....Insyallah..

aku berharap dia bahagia selalu dengan kehidupan dia dan berjaya dalam apa jua bidang yang dia ceburi...Amin...

Tuesday, September 11, 2012

geramnya

sakit hati betul hari nie...aku tegur baik-baik nak marah-marah pulak...
ingat aku nak kat ko sangat...masa susah cari aku..bila dah senang buat tak tahu saja...

suka-suka hati saja cakap aku nie kacau awek dia...sapa tah nak kacau awek dia...
sakit hati betul dengan budak nie sorang...aku layan baik-baik cakap aku macam tue...
bagi 'penaboh' baru tau...

eeeiiiiiiiiiiiiii....geramnyaaa.....lepas nie confirm aku tak nak layan dah...
lantak la nak kata sombong ka apa....

*mood sakit hati